Popular Posts

Tuesday, May 31, 2011

katakn Tak Nak!!!!!!!!

Ari tanpa tembakau...ak dl xpnh tgk pn pokok tembakau ni,tp pas msk sek men ak sek kt daerah bachok so kt si2 ada bnyk ladang@kebun tembakau ni kilang pn ada....mula2 tgk cm pokok kubis bunga comel gi2..hehehe klu korg x pnh tgk ni ak letakkn gmbr pokok tembakau..


dr tembakau hasilnya rokok...klu kite xbeli rokok xde lah pendapatan dorg..btl x??tp kesannya pd kite bahaya...



Apakah bahaya merokok???
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.



Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
1.     Barah paru-paru
2.     Kelelahan akibat COAD dan emphysema
3.     Sakit jantung iskaemia
4.     Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
5.     Kanser pundi kencing
6.     Air mani tidak normal
7.     Lemah ingatan
8.     Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
9.     Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Bahana merokok:



  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut
  • 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru
  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks
  • 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati
  •  2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.


KESAN  ASAP ROKOK  KEPADA ORANG LAIN
  •         Penyakit Jantung
  •      Penyakit saluran pernafasan seperti bronchitis dan asma
  •       Penyakit paru-paru seperti emfisima
  •       Barah paru-paru


ASAP ROKOK di sekeliling kita ?

Kajian menunjukkkan seorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang 25% daripada asap rokoknya, manakala baki 75% asap rokok itu akan meresap ke udara dan mungkin atau boleh disedut oleh orang lain di sekelilingnya.

ASAP ROKOK MENGANDUNGI :-
  1. TAR , sejenis bahan kimia yang menggangu paru-paru dan boleh    menyebabkan barah
  2. NIKOTIN , sejenis dadah yang berbahaya kepada jantung dan    system saraf.
  3.  KARBON MONOKSIDA , sejenis gas beracun yang mengurangkan bekalan oksigen kepada badan.
  4. BAHAN KIMIA , yang menyebabkan penyakit barah.


ASAP YANG KELUAR DARI PUNTUNG ROKOK MENGANDUNGI :-

·                    3 kali lebih banyak tar.

·                    2 kali lebih banyak nikotin.

·                    5 kali lebih banyak karbon monoksida.

·                    50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan barah.

KESANNYA 

Penyelidikan menunjukkan ASAP ROKOK tersebut boleh mendatangkan kesan-kesan buruk kepada :-

·                    ISTERI PEROKOK.

Isteri-isteri ini mempunyai risiko mengidap barah paru-paru yang lebih tinggi berbanding dengan isteri orang yang bukan perokok.

·                    RAKAN-RAKAN SEPEJABAT.

Mereka yang bekerja dengan perokok untuk jangka masa yang lama boleh mengalami kerosakan paru-paru.

·                    BAYI DAN KANAK-KANAK.

Asap rokok boleh menggencat pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu.

Anak-anak perokok lebih kerap di serang oleh jangkitan paru-paru, batuk-batuk, selsema dan sakit kerongkong. Mereka juga lebih kerap jatuh sakit.

Disamping itu, ibu-bapa yang merokok memberi satu contoh yang buruk kepada anak mereka kerana anak mereka akan meniru tabiat merokok mereka kelak.

·                    PESAKIT-PESAKIT.

Pesakit-pesakit jantung lebih mudah mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok.

Pesakit-pesakit asma turut juga menghadapi kesulitan untuk bernafas apabila terdedah kepada asap rokok.

p/s :pada kwn2 ak y dh berhenti rokok ak ucpkn syabas!!!!!
     fikir2 kn lah nk beli rokok...sekotak dh rm10 klu sebulan dh brape...
     silap2 leh byr kete taip2 bulan...















1 comment: